Friday, March 27, 2009

 MAMPUKAH KITA MENJADI MUSLIMAH SEJATI DARI SEGI
PAKAIAN?


Orang2 perempuan sekarang segelintirnya berlumba2 untuk
menjadi cantik dan bergaya tapi mereka lupa akan batas2nya
didalam islam. walaupun sekarang ni pelbagai tudung
diperagakan dan dipakai,namun
sebenarnya pemakaiannya tidak lengkap dan sempurna.
Masih lagi menampakkan leher,dada dan sebagainya.
Ada yang memakai tudung tapi pada masa yang sama
memakai kain belah dan berseluar ketat dan
sebagainya.(adakah itu kita wahai perempuan2?)

Sebenarnya saya amat teringin sekali untuk
kembali kezaman sekolah dahulu yang mana bila
keluar kita memakai baju kurung dan tudung
yang labuh.Tapi saya tahu saya tak mampu sebab
saya takut bila saya masih kekal sebegitu akhlak
saya tidak sama dengan penampilan saya.
Mungkin ada orang akan kata..kenapa tak pakai
saja.cara pakaian lain hati boleh dirunding.
(ada ker patut?)Saya tidak mahu imej orang yang
menutup aurat dengan sebaik2nya tercalar kerana
ada orang seperti saya yang mungkin belum cukup
untuk dikategorikan sebagai cara pakaian yang
betul dalam islam.Tapi sebenarnya saya teramat
teringin cuma saya takut ianya tidak
selari dengan sebenarnya saya.
Wahai suamiku sentisalah berdoa
untuk ku kerana aku teringin benar
untuk menjadimuslimah yang sebenar2nya
di dalam islam.

Bila saya baca majalah wanita keluaran kali ini ianya
sebenarnya membuat saya tertanya2 bilakah saya
mahu membuat perubahan?bilakah saya mahu untuk
menjadi seorang yang amat menitik beratkan perihal
aurat seperti suatu masa dahulu?Adakahsaya sudah
tenggelam dengan perubahan cara berpakaian sekarang
yang lebih mementingkan kecantikkan dari berpakaian
yang dibenarkan didalam islam?
Adakah saya berasa serasi berbaju blause dan berseluar
jeans seperti sekarang?
Ya ALLAH..
hambaMU ini ingin berubah dan berikanlah petunjuk
kepadaku supayaterbuka hatiku untuk lebih
menyintai suruhanMU YA ALLAH.....Amin...

"Dari Abu Hurairah R.A katanya : "Ada 2 macam
penduduk neraka yang
keduanya belum
kelihatan olehku, kaum yang memiliki cambuk
seperti
ekor sapi,yang dipergunakannya untuk
memukul orang.Dan wanita2
yang berpakaian
tetapi sama dengan bertelanjang

(kerana pakaiannya terlalu minimum,terlalu
nipis atau tembus
pandang,terlalu ketat atau
pakaian yang merangsang lelaki kerana

sebahagian auratnya terbuka, dan wanita
yang mudah dirayu atau suka
merayu,rambut
mereka (disanggul) bagaikan bonggol unta.

Maka wanita2 tersebut tidak akan dapat
mencium bau syurga padahal bau
syurga
dapat tercium dari jarak
yang sangat jauh"
.

..takutnya saya..
sungguh saya takut..
YA ALLAH berikanlah ku petunjuk supaya aku tidak
tergolong dalam golongan wanita2 sebegini.Amin....

Bila saya tengok keadaan hari ini (saya pun bukanlah
dari golongan yang menutup aurat sepenuhnya
tapi saya cuma berkata dari pandangan saya tapi bukan
tafsir yang kadang2 orang tak paham apa
itu tafsir sebab ada orang ingat tafsir itu satu
penilaian tapi tafsir dan penilaian saya adalah
berdasarkan kita boleh mengi'rob orang sebab
saya tahu sebaik2 penilaian adalah dari ALLAH S.W.T)
kebanyakkan orang memang memakai baju tapi
kalau menurut dalam islam itu umpama tanpa seurat benang
dalam berpakaian.adakah itu kita?kadang2 kalau saya
terserempak dengan orang yang memakai jubah dan
bertudung litup saya akan sentiasa berdoa semoga ALLAH
membuka hati saya untuk kearah yang sebegitu.Kadang2
bila bersama kakak2 ipar saya,saya juga akan berdoa
didalam hati semoga saya dapat menjadi seperti
salah seorang diantara mereka dan saya tak kisah
sesiapa pun asalkan saya dapat mencontohi mereka
sebab saya anak sulung jadi bila
dapat ramai kakak2 ipar saya suka sebab
saya ada ramai kakak2 ipar yang baik dan suka ketawa.

Bila saya tengok budak2 hari ini yang pakai
baju dan seluar macam tak cukup kain memang saya
akan kutuk depan2 tapi dalam hati saya,saya berdoa
semoga mereka juga akan dapat petunjuk dari ALLAH S.W.T.
Bila ada pasangan couple yang jalan berpeluk2kan di depan
mata saya,saya juga akan kata "wah depa ni tak kawin lagi
tapi lagak macam dah kawin,tak malu ka orang
dok tengok depa" tapi saya lupa kebanyakkan orang sekarang
semakin kurang rasa malunya malah bangga sebab awek dia
lawa atau pakwe dia handsome tapi perangai macam kera kena
belacan.tapi saya jugak berdoa supaya mereka cepat2 kawin dan
saya amat berharap mereka tidak melakukan
zina sebab saya amat benci pada orang yang berzina dan
seterusnya akan menyebabkan adanya bayi yang tidak
berdosa lahir kedunia dan di buang dengan
sewenang2nya.sungguh saya benci.

Berbalik pada point utama tadi,hari ini,kadang2
bukan sahaja dada yang ternampak,baju terbelah sampai
nampak perut ditepi pun ada,lengan baju kembang
sampai nampak bahu pun ada malah sehingga nampak betis
malah lutut juga.Sebab selagi tidak melengkapi syarat menutup
aurat yang dituntut oleh islam dengan betul maka arahan
menutup aurat belum terlaksana sepenuhnya.persoalannya mampukah kita
menjadi muslimah yang sejati?

Thursday, March 26, 2009

MARAH?

Sekarang anda sudah tahu apabila saya mula berbicara?ya pasti ada diantara anda yang akan setuju dan tidak setuju dengan pendapat2 saya.Saya tak kisah yang saya kisah saya dah lepaskan apa yang terbuku dihati sejak sekian lama.Marah?mengapa anda perlu marah?adakah anda terasa?sedangkan saya tidak menyebut siapa dan siapa.jadi mengapa anda yang perlu ada perasaan marah itu?

Sepatutnya anda tidak perlu cepat melenting sebab saya tahu kadang2 setiap penilaian seseorang itu akan salah dan penilaian yang sebenar2nya adalah dari ALLAH.tapi saya memang macam itu dan dari situ saya dah tahu siapa sebenarnya anda.sabar?ya..memang kita kena sabar sebab orang lain ada banyak lagi masalah yang tak tahu bila akan berakhir.saya juga berharap masalah saya akan berakhir di sini.

Benci?saya cuba membuang sejauh2nya perasaan itu tapi malangnya syaitan sentiasa menggoda saya untuk terus membenci.Sayang?huh teramat jauh sekali perasaan itu dan kalau adapun hanya sekelumit sekadar sayang bersaudara sebangsa.Aneh?yup anda memang aneh sebab mengapa anda terasa sedangkan orang lain tidak.

Cuba untuk jadi diri kita sendiri?boleh ker?semua orang mahu dan ingin untuk menjadi diri sendiri tapi kadang2 kita sebenarnya tak mampu nak tunjuk siapa diri kita yang sebenarnya.Kelakar?ya...memang kelakar tapi sayangnya saya tidak pandai membuat lawak.cantik?semua manusia itu ALLAH jadikan cantik.

Bahasa?siapa sebenarnya patut untuk tentukan bahasa apa yang patut kita pelajari dan cakap?pasti diri kita sendiri.hak?sebenarnya hak yang mutlak adalah diri anda selain YANG MAHA KUASA.Bangga boleh kuasai bahasa omputis?tak salah...silakan.saya paham apa maksud anda.saya mungkin tak terer tapi saya mampu memahami.

Lebih terer?ya saya tak nafikan sebab saya tahu anda memang terer...terer macam gaban.lebih world?iyer ker anda lebih world?geli sesungut ku mendengarnya.tinggi?ya kau memang tinggi sebab kau dok kat bangunan tinggi sedangkan saya hanya tanah semata2.

Marah lagi?silakanlah....saya hanya berdoa semoga perasaan marah itu akan hilang dan kita akan cuba untuk lebih memahami perasaan sendiri dan antara satu sama lain.mudah2an tiada sengketa antara kita.........


(kata power rangers kepada rasaksa....:))

Saya Tak Kisah! Saya hanya kisah.....

Saya tak kisah apa2 yang anda nak perkatakan tentang saya sebab saya tahu siapa saya sebenarnya.Saya tak kisah anda nak bercakap dalam bahasa apa sekalipun sebab saya hanya tahu setakat mana kemampuan saya dan saya sendiri pernah jumpa orang yang boleh bercakap sepuluh bahasa dengan begitu fasih sekali(hebatkan?).Berbanding kita yang mungkin hanya tahu berbahasa melayu dan inggeris.tu pun udah berbangga terlebih.Saya tak kisah sekiranya anda lebih bijak dari saya sebab saya sedar sampai mana tahap pemikiran saya.Saya tak kisah anda suka pakai jenama apa pun sebab saya tahu kemampuan suami saya.Saya tak kisah rumah anda ada macam2 benda menarik sebab saya takkan tertarik untuk menghias sehingga ada rezeki untuk rumah sendiri.(suami saya sokong).

Saya tak kisah sampai kepelusuk mana anda telah sampai sebab saya hanya ingin pergi kedua tempat dan kalau diizinkan ALLAH saya juga ingin disemadikan disana jika diizinkan-NYA.Saya tak kisah anda suka makan apa sebab yang saya tahu suami saya amat suka makan ayam/daging masak merah dan ayam/daging masak sup.Saya tak kisah anda ada berapa ramai kawan sebab saya amat suka tinggal dalam dunia saya.Saya tak kisah jika anda suka mengata tentang saya sebab saya tahu saya bukan insan yang sempurna.Begitu juga dengan diri anda.Jangan terasa amat hebat apabila mampu melakukan apa2 pun sebab semuanya tidak akan kemana2 sekiranya anda tidak bersyukur.

Saya tak kisah sampai mana anda belajar asalkan anda jadi orang yang berguna untuk agama,bangsa dan negara.Jangan hanya pandai ilmu duniawi tapi akhrawi tunggang terbalik.kalau tak jadi macam kebanyakkan budak2 sekarang..pandai tahap ultrarangers tapi akhlak umpama tenuk dapat makan.Sayang2.Saya tak kisah anda cantik sebab kecantikkan hanya bersifat sementara.Saya tak kisah anda handsome sebab saya dah ada teman hidup yang handsome(eh iye ker?ye lah tu sebab semua istri akan kata suami dia hamdsome.).Saya tak kisah anda nak pakai baju berharga ratusan ringgit sebab kadang2 nampak macam tak cukup kain walaupun datang dari brand mahal2.saya tak kisah kasut anda jenama kulit ataupun kain asalkan ianya mampu untuk melindungi kaki anda dari bahaya.jSaya tak kisah beg tangan anda mencecah ratusan malah ribuan ringgit sekalipun sebab tak lama beg tu akan rosak jugak.

Saya tak kisah harta anda ada berapa bilion sekalipun sebab saya tahu ianya tidak boleh dibawa mati melainkan anda sedekah pada yang amat memerlukan dengan cara yang betul tanpa mengira untuk mendapat balasan dan nama kembali.Saya tak kisah anda pakai kereta ratusan ribu sekalipun sebab harta dunia tiada maknanya(mungkin bermakna didunia sebab nak berlawan harta sapa paling best).Saya tak kisah anda ada rumah cantik sebab itu adalah rezeki anda,jadi bersyukur sebab mampu beli rumah.sekurang2nya ada tempat untuk berlindung.Saya tak kisah anda ada banyak koleksi apa2 pun sebab itu sememangnya minat anda.
Asalkan semuanya baik untuk anda saya tak kisah sebab saya rasa saya baik untuk diri saya sendiri.

Saya hanya akan kisah sekiranya anda yang berbangsa melayu dan paling penting beragama ISLAM hendak menukar agama hanya kerana tidak tahan dugaan hidup.Bukankah ALLAH itu mahu menguji umat islam seperti kita,supaya semakin banyak kita di uji semakin dekat kita dengan-NYA.Marilah kita sebagai umat islam berdoa semoga tidak akan ada lagi orang yang sebegitu dimuka bumi ini.Semoga umat islam didunia ini akan terus bersatu padu tanpa mengira kedudukan,pangkat dan harta.Sebab umat islam sekarang banyak mengejar harta duniawi dan kemasyuran hidup sehingga terleka dan terlupa pada orang yang memerlukan pertolongan.

Tuesday, March 24, 2009

cerpen percubaan.

Perkenalan nurul najwa dan mohd adam telah menyatukan mereka hingga ke jinjang pelamin.
Perkenalan yang berlangsung selama 10 tahun itu akhirnya termeterai dengan sebuah ikatan yang sah.Pada awal perkahwinan mereka najwa berasa sungguh bahagia dan dia berusaha untuk menjadi seorang isteri yang baik untuk adam tapi semua itu mula hilang sedikit demi sedikit apabila hati najwa mula terluka.Pada fikiran najwa mungkin semuanya sebab dia belum mengenali adam sepenuhnya masa sebelum kahwin dengan baik.Tapi dalam masa yang sama
najwa tetap juga menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri dengan baik walaupun kadang2 mulut najwa agak celupar apabila hatinya terasa sakit bila mengenangkan semua2 peristiwa yang telah berlaku dari awal perkahwinan sehingga
ke hari ini.

Semuanya bermula apabila adam terlalu memuji2 kebaikkan seorang teman sepejabatnya yang pada mulanya najwa ingatkan lelaki tapi rupa2nya wanita yang berselindung disebalik nama samaran seorang lelaki.Iman adalah bekas teman sepejabat adam yang bekerja dalam bidang yang sama.Najwa tidak kisah jika sekiranya persahabatan mereka hanya sekadar atas dasar urusan pejabat.Tapi apabila najwa melihat kembali sms2 adam dan iman yang lama2
najwa terasa bahawa adam lebih melebihkan iman darinya.Buktinya sms2 iman boleh dihantar tidak kira masa dan itupun hanya untuk bagitau iman balik lambat dan lambat sampai rumah sebab terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.Tapi sebaliknya najwa hanya boleh bersms hanya sekitar jam sepuluh.itupun kena tunggu adam balik dari kerja dahulu.Najwa berkecil hati untuk kali pertama.

pernah ada suatu hari adam membawa najwa sekali kepejabat lamanya dan najwa sempat bertemu dengan kawan2 lama adam.Najwa dapat merasa layanan teman2 adam lain berlainan sekali dengan iman,dia seolah2 cuba menyibukkan dirinya dan apabila najwa bertemu dengan abang adam dikafeteria manakala adam naik semula ke pejabat lama untuk mengambil barang2 yang tertinggal.Sebab najwa terasa terlalu lama dia disana maka dia pun menelefon adam dan rupa2nya adam tengah berbual dengan iman.Najwa rasa macam seolah2 iman tidak mahu bergaul dengannya sebabnajwa dapat rasa setiap kali bertemu dengan iman.Pernah sekali najwa bertemu dengan iman dan dia hanya berpura2 berbual barlapik tapi bila najwa sengaja tinggalkan dia dengan adam bukan main lagi rancak berbual.Dalam hal ni adam pun sama jugak.depan najwa boleh dia buat2 biasa sahaja dengan iman tapi bila dia tak ada baru nak berbual sampai tempat tu macam dia yang punya.Najwa terasa sebenarnya tapi dia cuba buat2 tak tahu apa2.

Adam sentiasa membawa najwa bersama melainkan ada hal tertentu sahaja yang adam tidak bawa.Pernah suatu hari tu adam membawa najwa bersama pergi keseminar dan semasa dihotel,adam sedang buat kerja dan disamping itu jugak dia sempat melayari internet di laman sembang.Kebetulan iman ada disitu dan adam menyapa.Pada mulanya iman menjawab dan apabila adam bagitau najwa ada sekali terus iman hendak mengundur diri.takut najwa marah
katanya.Jadi masa tu dalam fikiran najwa,mungkin mereka ini tak berani nak bersembang didepan dia takut2 pecah tembelang kisah2 silam.sebab tulah bila najwa baca diari umum adam mereka menyatakan saling merindu tapi depan najwa buat2 'kering'.Sebabnya kalau teman2 adam yang lain yang perempuan elok ja berbual dengan adam walaupun ada najwa.nampak sangat mereka tidak selesa apabila najwa ada bersama.Najwa mula berkecil hati dengan
adam dan orang yang bernama iman.

Bermula dari situ rasa hormat najwa semakin berkurangan.Najwa sebenarnya sayangkan adam tapi dalam masa yang sama hati dia terguris dek kerana perangai adam yang tak tahu nak bezakan antara lawak dan serius.Najwa masih melayan adam dengan baik cuma mungkin tidak sebaik dahulu.Pernah adam mengajak najwa pergi keperkahwinan iman tapi najwa
tak mahu dengan alasan tak larat nak berjalan jauh.Tapi sebenarnya hati najwa sakit sebab adam terlalu beria2 sangat dengan teman sekerjanya yang seorang itu.Najwa lupa sebenarnya adam itu mungkin mudah mesra tapi kadang2 najwa rasa adam mudah mesra dengan kawan2 perempuannya tapi dengan isteri sendiri tak nampak pun macam tu.Najwa boleh rasa semua perbezaan itu.

Pernah sekali mereka menghadapi masalah kewangan yang amat teruk dan kebetulan iman sudi untuk menghulurkan bantuan walaupun dalam jumlah yang kecil.Adam ada berkata alangkah ruginya aku tidak jadikan dia teman wanitaku dahulu.Najwa tersentak apabila mendengar kata2 adam dan terus airmatanya meluncur laju tapi cepat2di lap najwa supaya tidak dilihat oleh adam..Hatinya hancur luluh dan rasa sedih sangat2 sampaikan dia berasa
tak berguna yang amat sangat terhadap suaminya sebab tak dapat membantu menyelesaikan masalah adam.Sejak dari hari itu najwa terus dihantui oleh kata2 sebegitu dan setiap kali teringat kata2 itu dia berasa sedih sangat2 dan dia tidak mampu untuk memberitahu adam betapa terlukanya dia dengan adam.Sedangkan adam yang sekali sekala najwa terlepas cakap pun dia boleh terasa apatah lagi najwa yang terpaksa hari2 berdepan dengan semua masalah sebegitu.

Malahan kalau kemana2 majlis keramaian pasti akan ada nama seseorang yang akan dikaitkan dengna adam.Walaupun najwa mempercayai adam tapi kadang2 najwa mula bosan dengan semua masalah jiwa yang dia hadapi.najwa tahu adam menjadi kegilaan ramai para wanita tapi najwa tak tahu lah sampai tahap mana perhubungan mereka sebabnya najwadah tak mahu tahu apa2 lagi berkenaan adam yang lampau sebab kalau dia tahu pasti akan menambah lagi kesengsaraannajwa.Bukan najwa tidak bahagia mengahwini adam,dia bahagia cuma kadang2 bila datang sahaja masalah yang sebegitu perasaannya terhadap adam mula pudar.Sedih bercampur terluka yang amat sangat.walaupun najwa cuba berfikiran secara warasnya tapi hati kecilnya tetap memberontak memberi tahu betapa terlukanya najwa.

Najwa berdoa semoga ALLAH S.W.T sentiasa memberi petunjuk yang baik untuk dirinya supaya tidak tersesat dalammenyelesaikan konflik didalam hatinya.dia juga berharap agar ALLAH S.W.T sentiasa melimpahi rumahtangganya dengan sepenuh2nya rahmat dan kasih sayang yang tidak terhingga diantara mereka.MUngkin najwa bukan lah pilihan terbaik
adam tapi bagi najwa adam adalah kurniaan ALLAH S.W.T yang amat baik sekali untuk dirinya.Najwa akan terus cuba tempuhi ragam rumahtangga dengan lebih baik.Seperti kata p.ramlee sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri.maafkan segala kesalahan najwa sekiranya selama ini najwa tidak menjadi sorang istri yang baik untuk adam.Walaupun najwa selalu marahkan adam tapi sebenarnya najwa sangat menyayangi adam cuma kadang2 syaitan
berjaya menghasut dirinya supaya terus menerus menyalahi adam dalam semua masalah yang dia hadapi selama ini.Najwa harap sinar kebahagiaan akan muncul dan sebelum dia tutup mata untuk kali terakhir dia memohon supaya adam memahami dirinya dan tidak akan melukai hatinya lagi.Biarlah dia pergi dengan aman dan biarlah perasaan bahagia hadir untuk dirinya walaupun seketika cuma.Biarlah hati dia tenang dari segala masalah yang dicipta oleh adam tanpa adam sedari sebenarnya ianya banyak melukakan hati najwa.najwa hanya ingin merasa sedikit kemanisan hidup bersama adam tanpa ada mana2 wanita lain dalam hidup adam.cukuplah hidupnya sebelum ini dirasakan setiap nafas amat terseksa sekali.hanya satu pinta najwa,sayangilah dia sepenuh hati tanpa ragu2 sebab bagi najwa hanya adam sahaja raja
dihatinya untuk selama-lamanya.



(JANGAN DILUKAI HATINYA 09)

Sunday, March 22, 2009

PILIH HANYA YANG TERBAiK.

Orang kata untuk mencari sekelompok sahabat,kita harus bermula dengan mencari beberapa kenalan.Begitu juga dengan mencari seorang pekerja (bagi yang bergelar bos) yang unggul dan mantap,kita mungkin perlu menemuduga 1000 orang calon sebelum menemuinya.Sebab itu,memberikan yang terbaik itu sememangnya bukan semudah yang disangka walaupun
kadang2 kita rasa kita dah buat yang sehabis baik malah paling 'WORLD' tapi masih lagi banyak kekurangannya.Kita juga boleh menjadi yang terbaik sekiranya kita memilih sesuatu yang baik untuk diri kita sendiri.Jadi kita harus sentiasa bersedia supaya pilihan yang kita buat sentiasa berjaya menjadi yang terbaik.Pendek kata,sentiasa untuk menerima apa yang seadanya.


SENTIASA MEMPERCAYAI DIRI SENDIRI.

kadang2 kita tidak mempercayai kemampuan kita sendiri.jadi sentiasalah belajar untuk merpercayai diri sendiri.percaya pada diri sendiri bererti kita amat bijak berkomunikasi dengna diri sendiri dan tidak sesekali akan cuba untuk mengkhanati kepercayaan terhadap diri sendiri.Sejauh mana rasa kepercayaan dan disiplin itu adalah bergantung kepada diri kita sendiri dan kita akan sentiasa merasa puas dengan apa yang telah kita kecapi atas dasar mempercayai diri kita sendiri.


Lumrah hidup sentiasa akan ada cabaran yang mendatang dan sebagai manusia kita hanya perlu bersedia untuk menerima dengan menggunakan akal fikiran bukan hanya nafsu semata2.

Tuesday, March 10, 2009

ULASAN ENTRI SEMALAM.

Mungkin anda akan tertanya2 kenapa beremosi benar miza semalam.sebenarnya cegini...masa saya tengah kemas suratkhabar yang hanany udah 'baca' saya terjumpalah satu artikel ni pasal seorang artis wanita tua bergambar bagai nak rak dengan seorang lelaki yang sedikit muda dari dia yang dah ada anak bini pun.artis pompuan tua tu saya tak taulah samada dia masih bersuami atau sudah pun bergelar janda.tapikan..kesian kan orang2 ceni...mudah2an dia mendapat hidayah yang terbaik dari ALLAH S.W.T sebelum dia TUTUP MATA.Walaupun orang kata kalo dah umur 40an tapi masih ditakuk yang sama maka dia takkan berubah langsung.tapi...semua ni kuasa ALLAH S.W.T. jadi mana tau dia akan dapat petunjuk dari ALLAH S.W.T suatu hari nanti.xmustahilkan?

Sebenarnya kalo saya ditempat isteri dia saya akan jadi orang yang paling sedih sekali sebab saya ni bukanlah jenis wanita yang terlalu open minded.Jadi saya bersyukur sebab suami saya bukan begitu.ker ader yang saya tak tahu...haaaa EN.HAKIMI?Tapi sebagai isteri,saya kena percaya suami saya tapi bak kata ustazah Bahiyah percaya tapi xsalah berwaspada.xgitu?

Hmm...berbalik pada kes gambar tadi...kesiankan anak bini dia..mungkin isteri dia kata dia memahami kerja suami tapi malangnya si suami yang tidak memahami perasaan isteri.mana mungkin akan ada wanita akan kata.."abang..saya suka abang bergambar macam tu,buatlah selalu".ada ker seorang wanita akan kata centu?Anda yang bernama wanita akan cakap begitu ker pada suami anda?ada?wah...hebat sungguh kalo ada yang sebegitu MULIAnya wanita centu.

Ntahlah..kalo bukan artis pun orang biasa macam kita pun tak kurang hebatnya.kalo tengok bergambar pun..wah...nyendeng2 gitu lelaki sebelah perempuan/pompuan sebelah lelaki.kadang2 saya sendiri naik jelak tengok.kadang2 sampai saya tak mau pandang dah gambar2 centu.maaflah..mungkin kata2 saya ni kasar tapi inilah saya.sebab tu saya jarang berbual melainkan hal2 penting sebab saya takut saya akan bercakap apa yang realiti terhadap anda.sebab ada yang kata..miza nampak pendiam tapi jangan bagi dia cakap sebab kalo dia berkata benar..pedas mengalah cilipadi...eh..iye ker?sebenarnya saya boleh berbual tapi xsemua orang yang saya mampu bergaul dengannya.

Kadang2 kita akan rasa apa yang orang lain rasa...kadang2 kita dapat rasa orang tu selesa untuk bergaul dengan kita atau tidak.sebabnya..semasa saya berbual dengan anda saya boleh tahu anda ini bagaimana orangnya.mungkin saya akan buat2 xtahu tapi sebenarnya saya sedang menilai anda.saya melihat anda dan saya akan dapat tahu anda ini macam mana.jenis orang yang suka bergaul golongan anda ataupun anda ni jenis boleh masuk semuanya.kebanyakkan penilaian saya tak salah tambahan lagi kadang2 suami saya akan cerita tentang anda tapi semua btol tapi saya manusia jugak..kadang2 wat salah jugak....nak saya tafsir anda?jangan xtahu..suami saya pun saya udah tafsir sebelum kawen dan merujuk pada seorang ustaz dan dia kata btol tafsiran saya..saya tunjuk beberapa gambar dan huraikan ciri2 orang tu dan dia kata btol..dia kata jugak..kalo saya punya masa lagi saya boleh terus belajar untuk mengi'rob(eh btol ker ceni ejaannya) orang dengan lebih mendalam lagi..tapi skang dah x sempatlah...:)

Wah..bercampur2 aduk entri saya kali ini...Kita lupakan pasal gambar tu sebab nanti akan ada orang kata...alah..itu cuma gambar..xkan xboleh kot..tu pun nak jadi isu ker?wah...kelasss gitu orang2 yang 'open minded'.hmm...teringat pulak rancangan semanis kurma minggu lepas..curang sms tajuknyer...menarik kupasan oleh ustazah bahiyah dan suaminya.teringat kata ustazah tu.."kita kalo ada masalah sebaiknya diceritakan pada sesama jenis kita bukannya berlawanan jenis terutama suami/isteri orang sebab kadang2 dari simpati bertukar jadi sayang"..sebab tu lah kadang2 radio rosak ponnnnn nak bagitau...xpun bas rosak...tu ponnn nak bagitau...wah..kelakar gitu.wah..terlupa pulak..mestilah kena bagitau sebab BESTFRIEND katakan.xgitu?sebab kadang2 bila udah terlalu rapat mulalah nak membandingkan suami/isteri dengan orang lain...mulalah kata..ruginya xbuat jadi awek/pakwe dulu..kena plak didengar oleh sisuami/isteri...pasti hancur luluh dan sedih...mulalah bertukar perasaan jadi benci...tawar hati abes.

Apa2 pun bagi yang dah berkahwin beringatlah status diri bahawa anda sudah pun memiliki dan dimiliki.sentiasa untuk cuba menjaga perasaan orang yang tersayang.jangan berfikiran seperti semasa anda bujang dahulu sebab kalo masih sama ja pemikirannya seperti sebelum kawen maka anda tidak akan menjadi semakin matang.walaupun anda terasa anda teramat matang tapi sebenarnya anda belom matang lagi kalo masih perangai yang sama semasa bujang dahulu.Bagi yang belum bertemu jodoh sentiasalah berdoa mudah2an akan ada jodoh yang baik untuk anda.sentiasalah menjadi yang terbaik untuk diri sendiri dan pasangan anda.InsyaALLAH....apa yang telah diaturkan oleh ALLAH S.W.T itu amat cantik dan sempurna..mudah2an ALLAH S.W.T mendengar doa2 kita semua...aminnnnn.....:)

ULASAN ENTRI SEMALAM.

Monday, March 9, 2009

masalah.jiwa

masalah sekarang ni ialah saya terasa begitu menyampah apabila melihat wanita ternyendeng2 tepi lelaki yang bukan muhrimnya.kalo muhrim xpayah cakap la.udah halal.xkan xbleh kot.kt mana kita selalu tengok orang nyendeng2 ni?maaflah mungkin bagi saya...orang ceni dalam kategori jenis gedik2 yang berselindung disebalik kata 'happy go lucky'...wek nak tmuntah.

wah marah betul saya hari ini kan?saya x kisah apa anda nak kata tapi benda2 cenilah yang selalu saya nampak...xkisah lah melalui gambar ka melalui apa2 ka..terutama gambar lah...benci..NYAMPAH BENAR!

sudah lah....kalo nak kata pasal politik lagi lah sakit hati....sudah...saya sudah tawar hati pada semuanya....dunia makin kiamat....saya xsuka pada wanita penyusah wanita....wahhhhh emosi benar saya hari ini...kenapa ya......mungkin saya sudah mula muak dengan semua ni....bosannn......wahhh....terlebih sudah......:)

Friday, March 6, 2009

SATU TRANSFORMASI AKAN BERLAKU!

Tentu anda akan ingat saya berbicara tentang AF kan?sebenarnya tidak....tiada apa yang perlu dibanggakan dengan rancangan realiti kegilaan ramai itu.maaf bagi peminat AF yang mungkin tidak bersetuju dengan saya.malah kalau dilihat semasa konsert tu berapa ramai bilangan remaja yang hadir.itu belum dikira dengan bilangan penonton dewasa.belum dikira etika pemakaiannya lagi.kalo lihat betul2 semasa pertandingan tilawah al-quran atau ceramah agama berapa ramai yang datang?paling ramai adalah golongan yang sudah dikatakan agak berumur.kalo muda remaja pulak pasti yang ramai adalah budak sekolah,budak kolej ataupun mahasiswa/mahasisiwi sahaja.itupun datang sebab pihak pentadbiran yang sudah tentukan.Alhamdulillah sekiranya mereka datang dengan kerelaan hati tapi kalo terpaksa...bagaimana pula?

Bukan niat saya untuk mengata tidak boleh berhibur tapi dalam era sekarang kita2 semua telah dihidangkan terlalu banyak hiburan sampai terlalu alpa dan leka.ntah berapa kerat sahaja dalam sehari kita2 ini mendengar tazkirah dan bacaan al-quran berbanding lagu2 pujaan ramai yang ntah ada moralnya.mungkin akan ada yang mengatakan saya terlalu kolot untuk menerima hiburan tapi disebabkan terlebih hiburanlah masyarakat kita semakin goyah dan rapuh imannya.xcaya?tepuk dada tanyalah diri sendiri.tengok masyarakat kita sekarang menggunakan mata hati.

Teringat kenangan saya waktu berumur 9tahun dahulu..arwah tok wan paling pantang kalo saya bukak tv tapi tengok rancangan hiburan seperti bintang rtm(rancangan nyanyian yang popular masa tu) tapi kalo tengok berita ke,dokumentari ke atau yang paling penting tilawah al-quran itu tidak dihalangnya.mungkin sebab tu jugak saya kurang berminat menonton rancangan hiburan melainkan dah xder rancangan yang nak ditonton sangat.kalo dah xsuka rancangn tv kanak2 pun jadi la.

Pendek kata....kita boleh tengok rancangan hiburan tapi jangan sampai hiburan yang menguasai minda dan tingkahlaku kita.mempengaruhi etika pemakaian kita.saya akui saya tidak bertudung labuh malahan bukan juga dalam golongan wanita berjubah tapi mudah2 ALLAH S.W.T akan memberi petunjuk untuk saya lebih menitik beratkan pasal aurat di suatu masa akan datang...aminnn....hmmmm....melihat dunia keadaan sekarang marilah sama2 kita berdoa mudah2an anak2 kita nanti termasuk diri kita sendiri tidak tergolong dalam golongan orang2 yang lalai sebaliknya menjadi manusia yang teguh peribadinya serta kuat imannya....AMINNNNNNNNNNNNN........:)

Mudah2an jugak biarlah kita menjadi orang yang bijak dalam segala bidang bukan sahaja dalam hal duniawi malahan akhrawi.jangan hanya terasa sekadar cantik atau kacak pada luaran tapi biarlah cantik didalam hati jugak yang akan dizahirkan melalui akhlaknya.kalo sekadar terasa cantik atau handsome tapi perangai macam hantu xada gunanya.rugi ALLAH S.W.T kurniakan otak yang bijak wajah yang cantik atau kacak tapi tidak bijak membentuk diri sendiri.seperti yang terjadi dalam masyarakat islam masa kini.anda dalam golongan orang yang bijak jadi pasti anda akan lebih bijak menilai manusia berbanding saya yang masih mentah lagi.

Jadi..........renung2kanlah dan nilailah diri anda sendiri.dimana diri anda sekarang.tepuk dada..tanyalah iman...:)

Thursday, March 5, 2009

SALAM PRKENALAN.......(PADA YANG SUDI)

Mungkin ada yang sudah mengenali saya melalui suami saya MOHD HAKIMI SHAARI..melalui suami sayalah mengenali anda semua..mungkin saya bukan setaraf dengan anda..malah tahap pendidikan juga jauh benar berbeda...tapi saya harap kita kenal sebagai saudara seagama..saling kenal mengenal hanya kerana ALLAH S.W.T.

Malam tadi suamikusssss telah mengajar saya bagaimana membuat blog....saya baru mula bertatih dalam dunia sebegini...malah belum benar2 tahu apa sebenarnya yang mahu diletak dalam blog ni..malahan masih samar2 arah tujuannya..harap sedia memberi tunjuk ajar...........pendek kata....terima kasih pada yang sudi......terutama buat suamiku tersayang...TERIMA KASIH KERANA SUDI MANGAJAR.....:)

Apa ya yang mau ditulis untuk kali kedua slepas percubaan pertama?mungkin saya tidak tahu berbicara tentang perundangan seperti kalian semua tapi mungkin kita boleh berkongsi cerita tentang lain2 hal yang tidak akan menyinggung perasaan orang lain....tapi......boleh kerrr?.....:)


Hmm.....sebenarnye..saya bosan melihat berita skrg..xpasal harga barang naik pasal politik.kalo bukan pasal politik pasal kenaikkan tol atau apa2lah yang akan membebankan rakyat malaysia seperti kita sekarang ni.kenapa mereka tidak berfikir tentang masalah yang berlaku dalam negara sekarang.sedihkan tengok malaysia semakin dirundung masalah.kenapa mereka xcuba cari jalan keluar untuk masalah2 ini?apa yang jelas...manusia semakin gila kuasa,pangkat,harta-benda dan saling membuka keaiban orang lain demi kepentingan sendiri.

Kadang2 saya bosan melihat tv terutama cerita melayu.bukan tidak menyokong org melayu tapi ceritanya kadang2 xnmpk hala tuju dan moralnya.yang nampak pelakon makin seksi dan menggedik lebih adalah.kalo citer omputih xpayah kata lah...mata pak aji pun tersembul kluar tengok pelakon2 diaorang. sebab tu saya suka tngk sinetron indonesia.citer omputih pun suka tngk jgk tapi tngk jenis jugakla.kalo citer indon banyak cerita yang membuat kita ingat akan ALLAH S.W.T.conthnya ASSALAMUALAIKUM CINTA yang tayang pukul 5.30 ptg kt tv9.boleh dikatakan setiap skrip akan ada peringatan untuk kita mengingati ALLAH S.W.T...kalo x percaya cubalah tengok lain2 pun citer pun ada jugak tapi xingat lah pulak tajuk citernyer.tapi maaf bagi yang bekerja.mungkin sbb saya surirumah jadi punyai masa untuk menonton tapi cubalah tengok.walopun citer indon ni kadang2 agak mcm bodoh2 gitu tapi yang penting cari makna tersirat dari yang tersurat.

Cukup sekadar disini buat hari ini.ntah apa yang udah saya merapu..;)

rutin

hari2 bangun pagi aktiviti yang sama.sesaper yang jadi surirumah sepenuh masa mesti setuju dengan kata2 ni.ntahhhhhhhhhhhhhhhhhhh.....................xtau nak kater apa.