Tuesday, March 24, 2009

cerpen percubaan.

Perkenalan nurul najwa dan mohd adam telah menyatukan mereka hingga ke jinjang pelamin.
Perkenalan yang berlangsung selama 10 tahun itu akhirnya termeterai dengan sebuah ikatan yang sah.Pada awal perkahwinan mereka najwa berasa sungguh bahagia dan dia berusaha untuk menjadi seorang isteri yang baik untuk adam tapi semua itu mula hilang sedikit demi sedikit apabila hati najwa mula terluka.Pada fikiran najwa mungkin semuanya sebab dia belum mengenali adam sepenuhnya masa sebelum kahwin dengan baik.Tapi dalam masa yang sama
najwa tetap juga menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri dengan baik walaupun kadang2 mulut najwa agak celupar apabila hatinya terasa sakit bila mengenangkan semua2 peristiwa yang telah berlaku dari awal perkahwinan sehingga
ke hari ini.

Semuanya bermula apabila adam terlalu memuji2 kebaikkan seorang teman sepejabatnya yang pada mulanya najwa ingatkan lelaki tapi rupa2nya wanita yang berselindung disebalik nama samaran seorang lelaki.Iman adalah bekas teman sepejabat adam yang bekerja dalam bidang yang sama.Najwa tidak kisah jika sekiranya persahabatan mereka hanya sekadar atas dasar urusan pejabat.Tapi apabila najwa melihat kembali sms2 adam dan iman yang lama2
najwa terasa bahawa adam lebih melebihkan iman darinya.Buktinya sms2 iman boleh dihantar tidak kira masa dan itupun hanya untuk bagitau iman balik lambat dan lambat sampai rumah sebab terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.Tapi sebaliknya najwa hanya boleh bersms hanya sekitar jam sepuluh.itupun kena tunggu adam balik dari kerja dahulu.Najwa berkecil hati untuk kali pertama.

pernah ada suatu hari adam membawa najwa sekali kepejabat lamanya dan najwa sempat bertemu dengan kawan2 lama adam.Najwa dapat merasa layanan teman2 adam lain berlainan sekali dengan iman,dia seolah2 cuba menyibukkan dirinya dan apabila najwa bertemu dengan abang adam dikafeteria manakala adam naik semula ke pejabat lama untuk mengambil barang2 yang tertinggal.Sebab najwa terasa terlalu lama dia disana maka dia pun menelefon adam dan rupa2nya adam tengah berbual dengan iman.Najwa rasa macam seolah2 iman tidak mahu bergaul dengannya sebabnajwa dapat rasa setiap kali bertemu dengan iman.Pernah sekali najwa bertemu dengan iman dan dia hanya berpura2 berbual barlapik tapi bila najwa sengaja tinggalkan dia dengan adam bukan main lagi rancak berbual.Dalam hal ni adam pun sama jugak.depan najwa boleh dia buat2 biasa sahaja dengan iman tapi bila dia tak ada baru nak berbual sampai tempat tu macam dia yang punya.Najwa terasa sebenarnya tapi dia cuba buat2 tak tahu apa2.

Adam sentiasa membawa najwa bersama melainkan ada hal tertentu sahaja yang adam tidak bawa.Pernah suatu hari tu adam membawa najwa bersama pergi keseminar dan semasa dihotel,adam sedang buat kerja dan disamping itu jugak dia sempat melayari internet di laman sembang.Kebetulan iman ada disitu dan adam menyapa.Pada mulanya iman menjawab dan apabila adam bagitau najwa ada sekali terus iman hendak mengundur diri.takut najwa marah
katanya.Jadi masa tu dalam fikiran najwa,mungkin mereka ini tak berani nak bersembang didepan dia takut2 pecah tembelang kisah2 silam.sebab tulah bila najwa baca diari umum adam mereka menyatakan saling merindu tapi depan najwa buat2 'kering'.Sebabnya kalau teman2 adam yang lain yang perempuan elok ja berbual dengan adam walaupun ada najwa.nampak sangat mereka tidak selesa apabila najwa ada bersama.Najwa mula berkecil hati dengan
adam dan orang yang bernama iman.

Bermula dari situ rasa hormat najwa semakin berkurangan.Najwa sebenarnya sayangkan adam tapi dalam masa yang sama hati dia terguris dek kerana perangai adam yang tak tahu nak bezakan antara lawak dan serius.Najwa masih melayan adam dengan baik cuma mungkin tidak sebaik dahulu.Pernah adam mengajak najwa pergi keperkahwinan iman tapi najwa
tak mahu dengan alasan tak larat nak berjalan jauh.Tapi sebenarnya hati najwa sakit sebab adam terlalu beria2 sangat dengan teman sekerjanya yang seorang itu.Najwa lupa sebenarnya adam itu mungkin mudah mesra tapi kadang2 najwa rasa adam mudah mesra dengan kawan2 perempuannya tapi dengan isteri sendiri tak nampak pun macam tu.Najwa boleh rasa semua perbezaan itu.

Pernah sekali mereka menghadapi masalah kewangan yang amat teruk dan kebetulan iman sudi untuk menghulurkan bantuan walaupun dalam jumlah yang kecil.Adam ada berkata alangkah ruginya aku tidak jadikan dia teman wanitaku dahulu.Najwa tersentak apabila mendengar kata2 adam dan terus airmatanya meluncur laju tapi cepat2di lap najwa supaya tidak dilihat oleh adam..Hatinya hancur luluh dan rasa sedih sangat2 sampaikan dia berasa
tak berguna yang amat sangat terhadap suaminya sebab tak dapat membantu menyelesaikan masalah adam.Sejak dari hari itu najwa terus dihantui oleh kata2 sebegitu dan setiap kali teringat kata2 itu dia berasa sedih sangat2 dan dia tidak mampu untuk memberitahu adam betapa terlukanya dia dengan adam.Sedangkan adam yang sekali sekala najwa terlepas cakap pun dia boleh terasa apatah lagi najwa yang terpaksa hari2 berdepan dengan semua masalah sebegitu.

Malahan kalau kemana2 majlis keramaian pasti akan ada nama seseorang yang akan dikaitkan dengna adam.Walaupun najwa mempercayai adam tapi kadang2 najwa mula bosan dengan semua masalah jiwa yang dia hadapi.najwa tahu adam menjadi kegilaan ramai para wanita tapi najwa tak tahu lah sampai tahap mana perhubungan mereka sebabnya najwadah tak mahu tahu apa2 lagi berkenaan adam yang lampau sebab kalau dia tahu pasti akan menambah lagi kesengsaraannajwa.Bukan najwa tidak bahagia mengahwini adam,dia bahagia cuma kadang2 bila datang sahaja masalah yang sebegitu perasaannya terhadap adam mula pudar.Sedih bercampur terluka yang amat sangat.walaupun najwa cuba berfikiran secara warasnya tapi hati kecilnya tetap memberontak memberi tahu betapa terlukanya najwa.

Najwa berdoa semoga ALLAH S.W.T sentiasa memberi petunjuk yang baik untuk dirinya supaya tidak tersesat dalammenyelesaikan konflik didalam hatinya.dia juga berharap agar ALLAH S.W.T sentiasa melimpahi rumahtangganya dengan sepenuh2nya rahmat dan kasih sayang yang tidak terhingga diantara mereka.MUngkin najwa bukan lah pilihan terbaik
adam tapi bagi najwa adam adalah kurniaan ALLAH S.W.T yang amat baik sekali untuk dirinya.Najwa akan terus cuba tempuhi ragam rumahtangga dengan lebih baik.Seperti kata p.ramlee sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri.maafkan segala kesalahan najwa sekiranya selama ini najwa tidak menjadi sorang istri yang baik untuk adam.Walaupun najwa selalu marahkan adam tapi sebenarnya najwa sangat menyayangi adam cuma kadang2 syaitan
berjaya menghasut dirinya supaya terus menerus menyalahi adam dalam semua masalah yang dia hadapi selama ini.Najwa harap sinar kebahagiaan akan muncul dan sebelum dia tutup mata untuk kali terakhir dia memohon supaya adam memahami dirinya dan tidak akan melukai hatinya lagi.Biarlah dia pergi dengan aman dan biarlah perasaan bahagia hadir untuk dirinya walaupun seketika cuma.Biarlah hati dia tenang dari segala masalah yang dicipta oleh adam tanpa adam sedari sebenarnya ianya banyak melukakan hati najwa.najwa hanya ingin merasa sedikit kemanisan hidup bersama adam tanpa ada mana2 wanita lain dalam hidup adam.cukuplah hidupnya sebelum ini dirasakan setiap nafas amat terseksa sekali.hanya satu pinta najwa,sayangilah dia sepenuh hati tanpa ragu2 sebab bagi najwa hanya adam sahaja raja
dihatinya untuk selama-lamanya.



(JANGAN DILUKAI HATINYA 09)

4 comments:

  1. Walaupun cerpen percubaan, tp dah macam profesional, mantop sungguh. Ni dipetik dari kisah benar ke?

    ReplyDelete
  2. tak lah.idea datang sebab tak tau nak tulis entri apa.tup2 da pun siap.tak tau lah kalau ada jadi kisah benar.miza hanya menulis.takdak kena mengena yang hidup atau yang mati melainkan kot2 ada yang termakan cilipadi tak tau lah.sendiri mau ingatlah.macam g bli ayam..kan2?..:P

    ReplyDelete
  3. Wah????? Beli ayam???? lalalalalalalalalalala

    KIMI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  4. hahahahahaahaha abg not mengalabah lap peluh....jeng jeng kak huda........:P

    ReplyDelete