Sunday, March 22, 2009

PILIH HANYA YANG TERBAiK.

Orang kata untuk mencari sekelompok sahabat,kita harus bermula dengan mencari beberapa kenalan.Begitu juga dengan mencari seorang pekerja (bagi yang bergelar bos) yang unggul dan mantap,kita mungkin perlu menemuduga 1000 orang calon sebelum menemuinya.Sebab itu,memberikan yang terbaik itu sememangnya bukan semudah yang disangka walaupun
kadang2 kita rasa kita dah buat yang sehabis baik malah paling 'WORLD' tapi masih lagi banyak kekurangannya.Kita juga boleh menjadi yang terbaik sekiranya kita memilih sesuatu yang baik untuk diri kita sendiri.Jadi kita harus sentiasa bersedia supaya pilihan yang kita buat sentiasa berjaya menjadi yang terbaik.Pendek kata,sentiasa untuk menerima apa yang seadanya.


SENTIASA MEMPERCAYAI DIRI SENDIRI.

kadang2 kita tidak mempercayai kemampuan kita sendiri.jadi sentiasalah belajar untuk merpercayai diri sendiri.percaya pada diri sendiri bererti kita amat bijak berkomunikasi dengna diri sendiri dan tidak sesekali akan cuba untuk mengkhanati kepercayaan terhadap diri sendiri.Sejauh mana rasa kepercayaan dan disiplin itu adalah bergantung kepada diri kita sendiri dan kita akan sentiasa merasa puas dengan apa yang telah kita kecapi atas dasar mempercayai diri kita sendiri.


Lumrah hidup sentiasa akan ada cabaran yang mendatang dan sebagai manusia kita hanya perlu bersedia untuk menerima dengan menggunakan akal fikiran bukan hanya nafsu semata2.

No comments:

Post a Comment