Friday, March 6, 2009

SATU TRANSFORMASI AKAN BERLAKU!

Tentu anda akan ingat saya berbicara tentang AF kan?sebenarnya tidak....tiada apa yang perlu dibanggakan dengan rancangan realiti kegilaan ramai itu.maaf bagi peminat AF yang mungkin tidak bersetuju dengan saya.malah kalau dilihat semasa konsert tu berapa ramai bilangan remaja yang hadir.itu belum dikira dengan bilangan penonton dewasa.belum dikira etika pemakaiannya lagi.kalo lihat betul2 semasa pertandingan tilawah al-quran atau ceramah agama berapa ramai yang datang?paling ramai adalah golongan yang sudah dikatakan agak berumur.kalo muda remaja pulak pasti yang ramai adalah budak sekolah,budak kolej ataupun mahasiswa/mahasisiwi sahaja.itupun datang sebab pihak pentadbiran yang sudah tentukan.Alhamdulillah sekiranya mereka datang dengan kerelaan hati tapi kalo terpaksa...bagaimana pula?

Bukan niat saya untuk mengata tidak boleh berhibur tapi dalam era sekarang kita2 semua telah dihidangkan terlalu banyak hiburan sampai terlalu alpa dan leka.ntah berapa kerat sahaja dalam sehari kita2 ini mendengar tazkirah dan bacaan al-quran berbanding lagu2 pujaan ramai yang ntah ada moralnya.mungkin akan ada yang mengatakan saya terlalu kolot untuk menerima hiburan tapi disebabkan terlebih hiburanlah masyarakat kita semakin goyah dan rapuh imannya.xcaya?tepuk dada tanyalah diri sendiri.tengok masyarakat kita sekarang menggunakan mata hati.

Teringat kenangan saya waktu berumur 9tahun dahulu..arwah tok wan paling pantang kalo saya bukak tv tapi tengok rancangan hiburan seperti bintang rtm(rancangan nyanyian yang popular masa tu) tapi kalo tengok berita ke,dokumentari ke atau yang paling penting tilawah al-quran itu tidak dihalangnya.mungkin sebab tu jugak saya kurang berminat menonton rancangan hiburan melainkan dah xder rancangan yang nak ditonton sangat.kalo dah xsuka rancangn tv kanak2 pun jadi la.

Pendek kata....kita boleh tengok rancangan hiburan tapi jangan sampai hiburan yang menguasai minda dan tingkahlaku kita.mempengaruhi etika pemakaian kita.saya akui saya tidak bertudung labuh malahan bukan juga dalam golongan wanita berjubah tapi mudah2 ALLAH S.W.T akan memberi petunjuk untuk saya lebih menitik beratkan pasal aurat di suatu masa akan datang...aminnn....hmmmm....melihat dunia keadaan sekarang marilah sama2 kita berdoa mudah2an anak2 kita nanti termasuk diri kita sendiri tidak tergolong dalam golongan orang2 yang lalai sebaliknya menjadi manusia yang teguh peribadinya serta kuat imannya....AMINNNNNNNNNNNNN........:)

Mudah2an jugak biarlah kita menjadi orang yang bijak dalam segala bidang bukan sahaja dalam hal duniawi malahan akhrawi.jangan hanya terasa sekadar cantik atau kacak pada luaran tapi biarlah cantik didalam hati jugak yang akan dizahirkan melalui akhlaknya.kalo sekadar terasa cantik atau handsome tapi perangai macam hantu xada gunanya.rugi ALLAH S.W.T kurniakan otak yang bijak wajah yang cantik atau kacak tapi tidak bijak membentuk diri sendiri.seperti yang terjadi dalam masyarakat islam masa kini.anda dalam golongan orang yang bijak jadi pasti anda akan lebih bijak menilai manusia berbanding saya yang masih mentah lagi.

Jadi..........renung2kanlah dan nilailah diri anda sendiri.dimana diri anda sekarang.tepuk dada..tanyalah iman...:)

No comments:

Post a Comment